skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
- surialiving -
interested in expressing through art, but talent has boundaries.. so sharing the little with hope that most can be benefited... LIFE and LIVING through surialiving will expressing things that I care so much and things that I take for granted... cheers...
View my complete profile

Labels

  • general (2)
  • home deco (9)
  • My family (13)
  • others (1)
  • personal (15)
  • personal thought (1)
  • welcome note (1)

Archivo del blog

  • ► 2011 (2)
    • ► September (1)
    • ► January (1)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► August (1)
    • ► June (2)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► March (1)
    • ► February (3)
    • ► January (4)
  • ▼ 2009 (19)
    • ▼ December (10)
      • AVATAR
      • DILEMA seorang isteri, ibu & menantu
      • HOME sweet home - STAIRS
      • DEMAM sawan
      • IRFAN was hospitalized
      • STREAMYX and TM Point
      • RANDOM fact
      • IRFAN tolong papa
      • HOME sweet home - KITCHEN CABINET
      • THE 5th Anniversary
    • ► November (9)

Among the zillion blogs ( friends, celebs, anynomous..etc)

  • Moon punyer blog
    Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
    3 months ago
  • eda's
    Le Tour de Paris - Day 3
    9 years ago
  • HAnA Bakery
    Kelas Masakan Kanak Kanak 2015 - Kini kembali
    9 years ago
  • Me, Myself and I
    Alma dh start school
    9 years ago
  • Aznil Haji Nawawi
    Ring Ring Ringgit
    9 years ago
  • fabulousity by rizalman
    Rizalman for Zalora
    12 years ago
  • titahdesign
    KISAH KELEBIHAN DOA 'BISMILLAHI TAWAKKALTU A'LAALLAH' DI ZAMAN MODEN
    12 years ago
  • .::::: ROHANI ABU BAKAR :::::.
    kursusCORR
    13 years ago
  • WasunniAlKelantani
    Salam Kembali ke Dunia Blogger
    14 years ago
  • shop @ myMIRHAS online
    RAMADHAN PROMO - FREE POSTAGE
    14 years ago
  • SAFIYA CAKES
    kebaya story
    15 years ago
  • My Joy of Life
    Promotional Item
    15 years ago
  • Adams
  • Che Det

About this Blog

is created to share the blogger's views and opinions, experiences and knowledges that may be relevant or irrelavant ...
what does matter is, it is about expressing oneself through the power of blogging...

if you cannot set the trend.. just follow it.... :)

Islamic Calendar

Addicted to LIFE and LIVING ;)

Posts
Atom
Posts
Comments
Atom
Comments

1, 2, 3... (241109 @1603)






LiFE and LiViNG

Things that we take for granted... Things that we care so much...

DEMAM sawan

Wednesday, December 23, 2009

Pengenalan

2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa

Insiden
• Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
• Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
• Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
• Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.

Diagnosa
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.

Tanda2 & Gejala
• Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
• Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
• Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
• Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
• Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
• Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
• Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam

Faktor2 Risiko untuk Sawan Demam Berulang
• Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
• Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
• Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
• Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.

Sawan demam yang berlarutan (melebihi 30 minit) tidak meningkatkan risiko sawan demam berulang.

Kesan jangkamasa panjang sawan demam
• Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.
• Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.

Ada kajian mendapati kanak-kanak dengan sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan dapat menjalani ujian kecerdasan dengan baik seperti adik-beradik lain (yang tidak mengalami sawan demam)

Terdapat juga kes yang jarang berlaku - iaitu sawan yang sangat lama (lebih dari satu jam) - didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.

Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi
Ini termasuk kanak-kanak dengan:
• Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
• Perkembangan yang lambat.
• Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.

Kanak-kanak tanpa sebarang risiko hanya mempunyai 1% peluang untuk mendapat epilepsi selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).

Rawatan
Mengambil langkah-langkah kecemasan.

Mengawal sawan
• Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubatan.
• Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi.

Kemasukan ke hospital
Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika:
• Takut sawan akan berulang
• Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
• Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
• Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa.

Ujian makmal tidak diperlukan untuk mendiagnosakan sawan demam. Walaubagaimanapun, doktor mungkin membuat beberapa ujian untuk mencari penyebab demam dan apabila dijangka ada jangkitan di otak, tebukan spinal (lumbar puncture) mungkin perlu dijalankan.

Mencegah demam sawan
Mengawal demam
• Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
• Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
• Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.

Pencegahan sawan dari berulang
• Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
• Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.

 
Source: MyHEALTH portal

Posted by - surialiving - at 8:16 PM    

Labels: general

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod