skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
- surialiving -
interested in expressing through art, but talent has boundaries.. so sharing the little with hope that most can be benefited... LIFE and LIVING through surialiving will expressing things that I care so much and things that I take for granted... cheers...
View my complete profile

Labels

  • general (2)
  • home deco (9)
  • My family (13)
  • others (1)
  • personal (15)
  • personal thought (1)
  • welcome note (1)

Archivo del blog

  • ► 2011 (2)
    • ► September (1)
    • ► January (1)
  • ► 2010 (20)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► August (1)
    • ► June (2)
    • ► May (2)
    • ► April (5)
    • ► March (1)
    • ► February (3)
    • ► January (4)
  • ▼ 2009 (19)
    • ▼ December (10)
      • AVATAR
      • DILEMA seorang isteri, ibu & menantu
      • HOME sweet home - STAIRS
      • DEMAM sawan
      • IRFAN was hospitalized
      • STREAMYX and TM Point
      • RANDOM fact
      • IRFAN tolong papa
      • HOME sweet home - KITCHEN CABINET
      • THE 5th Anniversary
    • ► November (9)

Among the zillion blogs ( friends, celebs, anynomous..etc)

  • Moon punyer blog
    Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
    3 months ago
  • eda's
    Le Tour de Paris - Day 3
    9 years ago
  • HAnA Bakery
    Kelas Masakan Kanak Kanak 2015 - Kini kembali
    9 years ago
  • Me, Myself and I
    Alma dh start school
    9 years ago
  • Aznil Haji Nawawi
    Ring Ring Ringgit
    9 years ago
  • fabulousity by rizalman
    Rizalman for Zalora
    12 years ago
  • titahdesign
    KISAH KELEBIHAN DOA 'BISMILLAHI TAWAKKALTU A'LAALLAH' DI ZAMAN MODEN
    12 years ago
  • .::::: ROHANI ABU BAKAR :::::.
    kursusCORR
    13 years ago
  • WasunniAlKelantani
    Salam Kembali ke Dunia Blogger
    14 years ago
  • shop @ myMIRHAS online
    RAMADHAN PROMO - FREE POSTAGE
    14 years ago
  • SAFIYA CAKES
    kebaya story
    15 years ago
  • My Joy of Life
    Promotional Item
    15 years ago
  • Adams
  • Che Det

About this Blog

is created to share the blogger's views and opinions, experiences and knowledges that may be relevant or irrelavant ...
what does matter is, it is about expressing oneself through the power of blogging...

if you cannot set the trend.. just follow it.... :)

Islamic Calendar

Addicted to LIFE and LIVING ;)

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

1, 2, 3... (241109 @1603)






LiFE and LiViNG

Things that we take for granted... Things that we care so much...

AVATAR

Thursday, December 31, 2009

Last night baru berkesempatan watching AVATAR kat IOI, tu lah port yg dekat2 sket... so OU, MV akan kureng selepas ini. Lagipun Irfan gi overnight kat Meridien KL dgn wan dan makngah nyer.. so only the 2 of us :). (of coz bawa sekali 2 adik ku yg dok lepak kat rumah before diorg balik kg.)


My review for AVATAR... hmmm... mmg puas hati sangat3x, even the storyboard actually is predictable. The cinematography is marvelous... between fiction and reality... sb unsur fiction with the good side is not necessary  homo sapiens, citer ni jd hebat ( in my eyes of coz ). The terrorist quote "Fight terrorist with terrorist", ignorance that they were the actual terrororist. Own races not always rite... so lihat dgn mata hati.. "I see you" hehehehe. Overall, like it... love it...

Posted by - surialiving - at 11:28 AM 0 comments    

Labels: personal

DILEMA seorang isteri, ibu & menantu

Tuesday, December 29, 2009

Tajuk entry kali ni ala2 tajuk drama swasta, tak pun  drama bersiri..  after all life is a drama and we are the actor/ actress... sometimes being real and there are times we act... kita hanyalah manusia biasa...

Dilema si ISTERI


Seorang isteri perlu taat kepada suami, baik atau buruknya si suami, si isteri perlu redha... itu adalah jodoh yang telah ditetapkan untuknya, setidak2 nya sehingga ke akhir jodohnya bersama si suami. A wife trying hard to be the best wife, still can be imperfect in the eye of a husband... poor si isteri. A wife afraid of getting old, gaining weight and menopause :) because of si suami, thus trying hard to maintain the shape and the beauty... tapi alih2 si suami still tambah satu dua tiga lagi.... poor the old wife, lucky the younger wife.. very lucky the husband.

Dilema si IBU

Seorang ibu pasti akan meletakkan anaknya sebagai keutamaan dlm apa jua keadaan. It doesn't matter if the mother only a housewife or a CEO of a company, cara pasti berbeza tapi keutamaan tetap sama. How hard is the job to upbring the child, a mother shall not complaint... Of coz in real life, a mother will nag, will express a frustration... but in the end.. the child is the mother's life.


Dilema si MENANTU
Seorang menantu yang berkahwin dengan anak dan memberikan gelaran nenek kepada mertua nya pasti akan sentiasa berada dlm dilema jika si mertua berada diantara keluarga kecilnya.Namun sebagai menantu, mertua mesti dilayan seperti ibu kandungya.Anyhow, jika mertua seperti ibu kandung, kenapa tidak berani berterus terang... menjaga hati dgn memakan hati sendiri.. that's why. Bersabarlah hai menantu, one day you may become a mertua as well, so just remember you don't have to meddle.Lets your kids run their own life.. when they have their own family ...give guidance but do not interfere, they will seek you advise and not go against you... or be in a dilemma because of you...


Footnote: This entry potrays general expression that may be based on own exprerience, story from friends, or just a drama swasta dan sinetron yg melambak kat national TV, no assumption only a mixture of dilemmas...
Well,I guess better live in dilemma than live in crisis, thus, hold it tight and don't ever let it burst. Dont let the dilemma turn into a crisis. All the best ;)

p/s: "gambar hiasan" (ahaksssss... mcm dlm majalah lama2 dulu...  or sekarang pun still ada tag "gambar hiasan")

Posted by - surialiving - at 3:36 PM 3 comments    

Labels: personal

HOME sweet home - STAIRS

Thursday, December 24, 2009

Tangga.. ooo... Tangga... rumah tangga or tangga rumah... hmmmm... tangga rumah kepada rumah rumah tangga ... apa2 laaa...


Perihal tangga... ini pun satu hal jugak dgn contractor nyer... mmg memeningkan kepala lah... Anyway, after perioooooods of time.. akhirnya... complete juga perihal tangga (railing jer... budget untuk tukar flooring tangga mmg takder laaaa..)
~ Original railing ~


Railing asalnyer dah ler kaler pink.. gap palang besar sgt laaa,,, risau plak Irfan suka main2 kat tangga nanti... So tukar ler tangga tu... at first booked the glass type... all about modern (kononnyer la)... then since its among the last work to start, budget pun dah ter over spent to benda2 lain... so tukar ler to Wrought Iron saja, itupun sebab dah bayar 20% deposit awal2 lg (time tak pikir panjang)... otherwise mmg dah lama cancel...

~ Original railing taken out~
for quite sometime jugak ler tangga ni 'bogel'.. penat jugak buat follow up dari awal2 sampai habis ( in progress, dpt tau the saleman is tendering his resignation), mmg patut pun... gaya tak minat buat keje  then cari keje lain aaaa..ini menyusahkan org lain... hmmmm ... sabar jer la (sempat meluahkan perasaan haha)
.

~ The new railing  ~

Ini pun belum siap.. the wooden handrail not yet install  until last weekend (after we have move in) ... now my house concept is mixed up... hahaha... janji ada rumah... :)

Posted by - surialiving - at 12:45 PM 2 comments    

Labels: home deco

DEMAM sawan

Wednesday, December 23, 2009

Pengenalan

2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa

Insiden
• Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
• Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
• Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
• Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.

Diagnosa
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.

Tanda2 & Gejala
• Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
• Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
• Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
• Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
• Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
• Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
• Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam

Faktor2 Risiko untuk Sawan Demam Berulang
• Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
• Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
• Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
• Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.

Sawan demam yang berlarutan (melebihi 30 minit) tidak meningkatkan risiko sawan demam berulang.

Kesan jangkamasa panjang sawan demam
• Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.
• Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.

Ada kajian mendapati kanak-kanak dengan sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan dapat menjalani ujian kecerdasan dengan baik seperti adik-beradik lain (yang tidak mengalami sawan demam)

Terdapat juga kes yang jarang berlaku - iaitu sawan yang sangat lama (lebih dari satu jam) - didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.

Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi
Ini termasuk kanak-kanak dengan:
• Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
• Perkembangan yang lambat.
• Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.

Kanak-kanak tanpa sebarang risiko hanya mempunyai 1% peluang untuk mendapat epilepsi selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).

Rawatan
Mengambil langkah-langkah kecemasan.

Mengawal sawan
• Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubatan.
• Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi.

Kemasukan ke hospital
Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika:
• Takut sawan akan berulang
• Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
• Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
• Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa.

Ujian makmal tidak diperlukan untuk mendiagnosakan sawan demam. Walaubagaimanapun, doktor mungkin membuat beberapa ujian untuk mencari penyebab demam dan apabila dijangka ada jangkitan di otak, tebukan spinal (lumbar puncture) mungkin perlu dijalankan.

Mencegah demam sawan
Mengawal demam
• Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
• Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
• Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.

Pencegahan sawan dari berulang
• Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
• Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.

 
Source: MyHEALTH portal

Posted by - surialiving - at 8:16 PM 0 comments    

Labels: general

IRFAN was hospitalized

Tuesday, December 22, 2009

Last saturday night Irfan was warded at SJMC due to high fever, 1st night mummy temankan Irfan kat hospital... ingat dah boleh kuar the next day, tapi Doctor belum bagi discharge sebab temperature Irfan kejap panas kejap ok...  2nd night, his Wan and Acu pulak yg temankan, since Irfan dah ok sebenarnya cuma ada ler time2 panasnya naik kejap...still doctor tak kasi kuar lagi.. so the 3rd night Irfan's still kat spital until today... Irfan dah dibenarkan balik...

~ 1st night - bising "tangan kecik", referring to both of his hand being plastered ~


~ breakfast menu : chicken porridge & bread with butter and jam ~


Esoknya mummy tanggalkan 1 tangan kecik , tapi before that asked him to promise not to "kacau" the other tangan kecik (the one with needle and tube)..
~ dah boleh buat peace ~

Walaupun dah beberapa kali Irfan masuk ward, tapi still ada lg "fobia"... bila nurse or doctor masuk jer "nangis"... Anyway after the 1st day, dia ikut mood... bila mood baik, nurse kasi ubat, check temperature, etc.. ok jer... bila mood tak baik... nurse masuk jer terus nangis ...

Aktiviti Irfaan kat ward : watching cartoon  - Barney,Up, TinToy, Cars, ntah berapa kali cerita2 tu di repeat...
~ watching cartoon ~


Posted by - surialiving - at 3:45 PM 1 comments    

Labels: My family

STREAMYX and TM Point

Thursday, December 17, 2009

2 weeks ago gi TM Point kat ground floor office aku ni utk register Streamyx untuk rumah baru ku. Nak register streamyx kena lah ada telephone line. Ingat kan dah bekerja suku sakat dpt ler waive monthly rental for fixed line... Hampehhhh.... katanya subsidiary semua tak dpt lah kak... 
TM pun satu... kan dah buat re-alignment itu hari, dah tak wujud co. yg aku berkhidmat sebagai subsidiary lagi... as business entity jer.. Aiiii... pening betul dgn structure ni ...

Ok ler , kena lah bayar sewa bulanan fixed line, fine... nak internet access punya pasal... So aku tanya brp lama amik masa untuk install. Katanya:1 week for telephone line installation, then lepas tu baru boleh proses streamyx application, another 1 week for streamyx. Total 2 weeks la.

Hari Jumaat register , hari Isnin dah contractor dtg install phone line... Very impressed ler dgn service yg express. So aku assume by rite next week nyer streamyx dah blh install ler... the 2nd week (minggu ni lah), tunggu punya tunggu no call from streamyx contractor. Aku dah cuak ler... mau pindah no internet access nt boleh mati kutu... nak gi TM point asyik mtg kat luar jer... sampai la pg tadi baru berkesempatan untuk buat follow up.

Bila check, jawapannya ... "Sorry kak, saya lupa nak proses application akak, system slow ler few days ni.. bla..bla..bla" (dlm bahasa aku sendiri la... tapi itu lah maksud yg disampaikan)... Nasib la mood aku pg ni  ok jer and the CS rep is polite, kalau tak ... tak tau ler... so take anothr 3 working days... Alamatnyer weekend ni and next week takder lah nak access internet. Celcom broadband... selalu hampeh... buang duit bayar monthly fee jer. Aiii... nasib ler aku masih setia untuk support bisness co. ku ini termasuk suku sakatnyer... dgn harapan tahun depan still dapat bonus ler...)

Moral of story : 
1) Manusia mudah lupa... (P****g kang...).. so kena lah ingat mengingati
2) Internet access dah jadi penting dlm hidup zaman sekarang ( otherwise no fb, no blogging, no gooooogling :))
3) Do not live with assumption... very not rite la...

Posted by - surialiving - at 5:00 PM 0 comments    

Labels: personal

RANDOM fact

Wednesday, December 16, 2009


OMG... is it true???... kalau betul la " lelaki dgn berat kelahiran yg rendah (betul ker tatabahasa ku ini) susah untuk berkahwin" alamat nyer susah ler aku nak dpt menantu sulung... hahaha... Well, Irfan was born with low birth weight... 1.9kg to be exact.
Maybe I need to do some kind of surveys or polls on this, the candidates are the people that I know... hmmmmm....

The genuine fact : "Jodoh pertemuan Allah (S.A.W) yang tentukan"

Posted by - surialiving - at 12:51 PM 0 comments    

Labels: personal

IRFAN tolong papa

Monday, December 14, 2009

Sekarang ni every weekend buzy jer untuk siapkan rumah baru... so every week will be at our new house... Lepas satu... satu... dgn ada contractor keje tak setel2... ada jer delay... and baru2 ni, papa plak tetiba nak tambah wiring... so ingatkan dah nak siap... now back to tak siap2.... tension bab2 habuk... dgn construction kat luar taman perumahan and now dgn wall hacking activities....

Irfan peneman setia  setiap minggu... kadang2 ok jer mood dia... so senang ler kita nak buat kerja, mengemas apa yg patut... tapi kekadang buat perangai... terpaksa lah melayan kerenah dia...

~ irfan tolong papa assemble hanging light ~




Hasilnya... lampu tak siap pasang.... hahaha...

Posted by - surialiving - at 1:07 PM 0 comments    

Labels: home deco, My family

HOME sweet home - KITCHEN CABINET

Wednesday, December 9, 2009

Nowdays, kitchen cabinet is an essential item on the reno list. "Happy family start with a good home made meal..." hahaha... home made cooking... macam tak percaya jer. Well, once dah ada own kitchen, no more excuse for not cooking. After all, it will inspire ladies to always be in the kitchen... cooking :)

~ my original kitchen space  ~



We got the kitchen cabinet deal during CIMB Home Living exhibition, kononnya harga promotion. But after the exhibition, similar price also... hmmm... anyway, that's the best deal that we can get. Actually we booked from 2 different cos at that time, so have to cancel one of them since getting  lower quotation from the 2nd co.

In progress
~ terpaksa alihkan original sink and piping, otherwise tak boleh buat L shape, done by own contractor/ plumber ~

~ the new sink, i love it because its blend in well with my table top ~



My kitchen cabinet built up : ~18 ft of base unit, 2ft of tall unit, 9 ft of wall unit and 3ft of wall paneling. Using solid surface table top and 3G glass panel.
Lepas booked and closed deal.. certain info being found out..

Solid table top - ada local and imported (Singapore, etc).. the difference local one is cheaper of coz... quality wise not sure but if you support BUATAN MALAYSIA and trust the quality that we have, then I think it is at par compared to what... Singapore... hmmm  mcm sama jer... silap2 org2 malaysia yg bekerja kat Singapore (ada ker kilang solid surface top kat Sg.)  the different only on the pattern. Of coz the  so called imported one has more fancy designs. Masa kitaorg dpt quotation, actually the solid top is local made, tapi kitaorg tak tau pun sampai lah dah install.

Anyway, sebagai panduan kena tanya lah solid top tu local or imported for better bargain, in our case local solid table top was quoted at RM160/ft... but the other co.(the one that we cancel) quoted for RM140/ft after our cabinet is ready.... hmmmm a bit losses there..but the rest of the cabinet parts still lower... so tak ler ralat sgt sb cancel dgn co yg 1 ni...

Door panel... ini macam2 jenis... for current 'modern' type... acrylic and 3G glass... harga sama jer... the differences: 3G glass has better scratch resistance (katanya ler) but cannot be drilled through (that's why its come with built in handle)...and the color is less brighter which I prefer. To those who fancy striking color then go for acrylic.

Color that we chose for our kitchen is quite weirdo - grey brownish or brown greyish ... take your pick.. since the color a bit lain, ended up the cabinet side laminating has to be in white and the wall panel with glass shelving which is acrylic in brown. We also need to change the solid surface top from meadow (white with grey and brown spots) to snow flake (white with snow flake of coz :)). Sebabnya dah order 3G glass, then only dpt tahu itu tak ada, ini tak ada in that color... hmmmm... Compared to the other parts of the house, it looks like that my kitchen is a dull place to hang around :O

~ the new kitchen ~


Still need a new wall paneling in between the base unit & wall unit since the tiling for my kitchen wall is hideous. And the kitchen flooring even worst... hmmmm... both need to wait for another phase... (kalau lah ada another phase... surely not in the near future).. overall rasa mcm tak berbaloi pulak my kitchen cabinet for the cost that I have to pay... hmmmm.... not so good deal... or mmg harga zaman sekarang dah tak ingat dunia... :(



Posted by - surialiving - at 1:18 PM 4 comments    

Labels: home deco

THE 5th Anniversary

Tuesday, December 8, 2009


Actually, my wedding anniversary was on the 3rd of December... delayed entry for the blog. Hmmmm... rasanya cepat jer dah 5 tahun I'm holding a "wife" title... macam2 hal lah dlm 5 tahun ni dan of coz untuk tahun2 seterusnya... (asam garam rumah tangga..) kalau umur panjang, kalau jodoh panjang.... InsyaAllah.

~ dalam kenangan: on the same date, five years ago ~





~ dalam kenangan: wedding reception @ bride's~

~ dalam kenangan : wedding reception @ groom's ~


(p/s: saja jer attached gambar2 lama... dah 5 tahun tu... ahaksss)

Tahun ni no anniversary celebration... no gift and not even dinner.. huhuhu. Just anniversary card as token of remembrance. Apa tak nya, all the money goes to our new house. However, the sweetest thing was our cards are similar... what a coincident! (yer ke... yer lah kot... )

~ the cards ~

(my card with the yellow envelope (the original envelope was ruined dgn mcm2 notes, dah lama dah beli kad ni...hihihi..., and hubby's card with purple envelope, the original one.. :) )


Posted by - surialiving - at 11:30 AM 0 comments    

Labels: personal

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod