Last night baru berkesempatan watching AVATAR kat IOI, tu lah port yg dekat2 sket... so OU, MV akan kureng selepas ini. Lagipun Irfan gi overnight kat Meridien KL dgn wan dan makngah nyer.. so only the 2 of us :). (of coz bawa sekali 2 adik ku yg dok lepak kat rumah before diorg balik kg.)
AVATAR
Thursday, December 31, 2009
Posted by - surialiving - at 11:28 AM 0 comments
Labels: personal
DILEMA seorang isteri, ibu & menantu
Tuesday, December 29, 2009
Tajuk entry kali ni ala2 tajuk drama swasta, tak pun drama bersiri.. after all life is a drama and we are the actor/ actress... sometimes being real and there are times we act... kita hanyalah manusia biasa...
Dilema si ISTERI
Dilema si IBU
Seorang ibu pasti akan meletakkan anaknya sebagai keutamaan dlm apa jua keadaan. It doesn't matter if the mother only a housewife or a CEO of a company, cara pasti berbeza tapi keutamaan tetap sama. How hard is the job to upbring the child, a mother shall not complaint... Of coz in real life, a mother will nag, will express a frustration... but in the end.. the child is the mother's life.
Footnote: This entry potrays general expression that may be based on own exprerience, story from friends, or just a drama swasta dan sinetron yg melambak kat national TV, no assumption only a mixture of dilemmas...
Well,I guess better live in dilemma than live in crisis, thus, hold it tight and don't ever let it burst. Dont let the dilemma turn into a crisis. All the best ;)
p/s: "gambar hiasan" (ahaksssss... mcm dlm majalah lama2 dulu... or sekarang pun still ada tag "gambar hiasan")
Posted by - surialiving - at 3:36 PM 3 comments
Labels: personal
HOME sweet home - STAIRS
Thursday, December 24, 2009
Tangga.. ooo... Tangga... rumah tangga or tangga rumah... hmmmm... tangga rumah kepada rumah rumah tangga ... apa2 laaa...
Railing asalnyer dah ler kaler pink.. gap palang besar sgt laaa,,, risau plak Irfan suka main2 kat tangga nanti... So tukar ler tangga tu... at first booked the glass type... all about modern (kononnyer la)... then since its among the last work to start, budget pun dah ter over spent to benda2 lain... so tukar ler to Wrought Iron saja, itupun sebab dah bayar 20% deposit awal2 lg (time tak pikir panjang)... otherwise mmg dah lama cancel...
~ Original railing taken out~
Posted by - surialiving - at 12:45 PM 2 comments
Labels: home deco
DEMAM sawan
Wednesday, December 23, 2009
Pengenalan
2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa
Insiden
• Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
• Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
• Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
• Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.
Diagnosa
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.
Tanda2 & Gejala
• Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
• Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
• Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
• Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
• Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
• Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
• Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam
Faktor2 Risiko untuk Sawan Demam Berulang
• Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
• Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
• Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
• Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.
Sawan demam yang berlarutan (melebihi 30 minit) tidak meningkatkan risiko sawan demam berulang.
Kesan jangkamasa panjang sawan demam
• Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.
• Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.
Ada kajian mendapati kanak-kanak dengan sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan dapat menjalani ujian kecerdasan dengan baik seperti adik-beradik lain (yang tidak mengalami sawan demam)
Terdapat juga kes yang jarang berlaku - iaitu sawan yang sangat lama (lebih dari satu jam) - didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.
Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi
Ini termasuk kanak-kanak dengan:
• Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
• Perkembangan yang lambat.
• Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.
Kanak-kanak tanpa sebarang risiko hanya mempunyai 1% peluang untuk mendapat epilepsi selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).
Rawatan
Mengambil langkah-langkah kecemasan.
Mengawal sawan
• Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubatan.
• Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi.
Kemasukan ke hospital
Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika:
• Takut sawan akan berulang
• Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
• Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
• Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa.
Ujian makmal tidak diperlukan untuk mendiagnosakan sawan demam. Walaubagaimanapun, doktor mungkin membuat beberapa ujian untuk mencari penyebab demam dan apabila dijangka ada jangkitan di otak, tebukan spinal (lumbar puncture) mungkin perlu dijalankan.
Mencegah demam sawan
Mengawal demam
• Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
• Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
• Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.
Pencegahan sawan dari berulang
• Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
• Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.
Source: MyHEALTH portal
Posted by - surialiving - at 8:16 PM 0 comments
Labels: general
IRFAN was hospitalized
Tuesday, December 22, 2009
Last saturday night Irfan was warded at SJMC due to high fever, 1st night mummy temankan Irfan kat hospital... ingat dah boleh kuar the next day, tapi Doctor belum bagi discharge sebab temperature Irfan kejap panas kejap ok... 2nd night, his Wan and Acu pulak yg temankan, since Irfan dah ok sebenarnya cuma ada ler time2 panasnya naik kejap...still doctor tak kasi kuar lagi.. so the 3rd night Irfan's still kat spital until today... Irfan dah dibenarkan balik...
Esoknya mummy tanggalkan 1 tangan kecik , tapi before that asked him to promise not to "kacau" the other tangan kecik (the one with needle and tube)..
Aktiviti Irfaan kat ward : watching cartoon - Barney,Up, TinToy, Cars, ntah berapa kali cerita2 tu di repeat...
Posted by - surialiving - at 3:45 PM 1 comments
Labels: My family
STREAMYX and TM Point
Thursday, December 17, 2009
2 weeks ago gi TM Point kat ground floor office aku ni utk register Streamyx untuk rumah baru ku. Nak register streamyx kena lah ada telephone line. Ingat kan dah bekerja suku sakat dpt ler waive monthly rental for fixed line... Hampehhhh.... katanya subsidiary semua tak dpt lah kak...
TM pun satu... kan dah buat re-alignment itu hari, dah tak wujud co. yg aku berkhidmat sebagai subsidiary lagi... as business entity jer.. Aiiii... pening betul dgn structure ni ...
Ok ler , kena lah bayar sewa bulanan fixed line, fine... nak internet access punya pasal... So aku tanya brp lama amik masa untuk install. Katanya:1 week for telephone line installation, then lepas tu baru boleh proses streamyx application, another 1 week for streamyx. Total 2 weeks la.
Hari Jumaat register , hari Isnin dah contractor dtg install phone line... Very impressed ler dgn service yg express. So aku assume by rite next week nyer streamyx dah blh install ler... the 2nd week (minggu ni lah), tunggu punya tunggu no call from streamyx contractor. Aku dah cuak ler... mau pindah no internet access nt boleh mati kutu... nak gi TM point asyik mtg kat luar jer... sampai la pg tadi baru berkesempatan untuk buat follow up.
Bila check, jawapannya ... "Sorry kak, saya lupa nak proses application akak, system slow ler few days ni.. bla..bla..bla" (dlm bahasa aku sendiri la... tapi itu lah maksud yg disampaikan)... Nasib la mood aku pg ni ok jer and the CS rep is polite, kalau tak ... tak tau ler... so take anothr 3 working days... Alamatnyer weekend ni and next week takder lah nak access internet. Celcom broadband... selalu hampeh... buang duit bayar monthly fee jer. Aiii... nasib ler aku masih setia untuk support bisness co. ku ini termasuk suku sakatnyer... dgn harapan tahun depan still dapat bonus ler...)
Moral of story :
1) Manusia mudah lupa... (P****g kang...).. so kena lah ingat mengingati
2) Internet access dah jadi penting dlm hidup zaman sekarang ( otherwise no fb, no blogging, no gooooogling :))
3) Do not live with assumption... very not rite la...
Posted by - surialiving - at 5:00 PM 0 comments
Labels: personal
RANDOM fact
Wednesday, December 16, 2009
Posted by - surialiving - at 12:51 PM 0 comments
Labels: personal
IRFAN tolong papa
Monday, December 14, 2009
Sekarang ni every weekend buzy jer untuk siapkan rumah baru... so every week will be at our new house... Lepas satu... satu... dgn ada contractor keje tak setel2... ada jer delay... and baru2 ni, papa plak tetiba nak tambah wiring... so ingatkan dah nak siap... now back to tak siap2.... tension bab2 habuk... dgn construction kat luar taman perumahan and now dgn wall hacking activities....
Irfan peneman setia setiap minggu... kadang2 ok jer mood dia... so senang ler kita nak buat kerja, mengemas apa yg patut... tapi kekadang buat perangai... terpaksa lah melayan kerenah dia...
~ irfan tolong papa assemble hanging light ~
Posted by - surialiving - at 1:07 PM 0 comments
HOME sweet home - KITCHEN CABINET
Wednesday, December 9, 2009
~ my original kitchen space ~
My kitchen cabinet built up : ~18 ft of base unit, 2ft of tall unit, 9 ft of wall unit and 3ft of wall paneling. Using solid surface table top and 3G glass panel.
Lepas booked and closed deal.. certain info being found out..
Solid table top - ada local and imported (Singapore, etc).. the difference local one is cheaper of coz... quality wise not sure but if you support BUATAN MALAYSIA and trust the quality that we have, then I think it is at par compared to what... Singapore... hmmm mcm sama jer... silap2 org2 malaysia yg bekerja kat Singapore (ada ker kilang solid surface top kat Sg.) the different only on the pattern. Of coz the so called imported one has more fancy designs. Masa kitaorg dpt quotation, actually the solid top is local made, tapi kitaorg tak tau pun sampai lah dah install.
Anyway, sebagai panduan kena tanya lah solid top tu local or imported for better bargain, in our case local solid table top was quoted at RM160/ft... but the other co.(the one that we cancel) quoted for RM140/ft after our cabinet is ready.... hmmmm a bit losses there..but the rest of the cabinet parts still lower... so tak ler ralat sgt sb cancel dgn co yg 1 ni...
Door panel... ini macam2 jenis... for current 'modern' type... acrylic and 3G glass... harga sama jer... the differences: 3G glass has better scratch resistance (katanya ler) but cannot be drilled through (that's why its come with built in handle)...and the color is less brighter which I prefer. To those who fancy striking color then go for acrylic.
Color that we chose for our kitchen is quite weirdo - grey brownish or brown greyish ... take your pick.. since the color a bit lain, ended up the cabinet side laminating has to be in white and the wall panel with glass shelving which is acrylic in brown. We also need to change the solid surface top from meadow (white with grey and brown spots) to snow flake (white with snow flake of coz :)). Sebabnya dah order 3G glass, then only dpt tahu itu tak ada, ini tak ada in that color... hmmmm... Compared to the other parts of the house, it looks like that my kitchen is a dull place to hang around :O
~ the new kitchen ~
Posted by - surialiving - at 1:18 PM 4 comments
Labels: home deco
THE 5th Anniversary
Tuesday, December 8, 2009
Actually, my wedding anniversary was on the 3rd of December... delayed entry for the blog. Hmmmm... rasanya cepat jer dah 5 tahun I'm holding a "wife" title... macam2 hal lah dlm 5 tahun ni dan of coz untuk tahun2 seterusnya... (asam garam rumah tangga..) kalau umur panjang, kalau jodoh panjang.... InsyaAllah.
~ dalam kenangan: on the same date, five years ago ~

~ dalam kenangan: wedding reception @ bride's~
(p/s: saja jer attached gambar2 lama... dah 5 tahun tu... ahaksss)
Tahun ni no anniversary celebration... no gift and not even dinner.. huhuhu. Just anniversary card as token of remembrance. Apa tak nya, all the money goes to our new house. However, the sweetest thing was our cards are similar... what a coincident! (yer ke... yer lah kot... )
~ the cards ~
Posted by - surialiving - at 11:30 AM 0 comments
Labels: personal
QURBAN - pengertian & perlaksanaan
Thursday, November 26, 2009
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Hukumnya Sunnat Muakkad ( Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang mmenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Islam
- Merdeka (bukan hamba)
- Baligh lagi berakal
- Mampu untuk berqurban
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasulallah S.A.W yang bermaksud "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya" (sila rujuk: Fiqh Al-Sunnah)
PERLAKSANAAN IBADAH QURBAN
Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
Binatang ini disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang padanya.
Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji sehingga tiga hari sesudah Hari Raya Haji (hari-hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah).
Daging qurban sunnat, orang yang berqurban disunatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan seperti berikut:
- Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan.
- Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkan.
- Orang yang berqurban mengambil satu pertiga jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasulallah S.A.W "Makanlah oleh kamu, sedekahkanlah dan simpanlah".
CHE Det on History Channel
Tuesday, November 24, 2009
Last night watching Dr.Mahathir on History channel ... that was another part I guessed. I watched the 1st part weeks ago. It is impressive looking on the political journey of Dr.Mahathir, the former Prime Minister of Malaysia... the 4th one and the longest one... 22 years leading Malaysia government.
Very interesting, when he mentioned on DON'T OVERSTAY THE WELCOMING or so.. (not sure if my quote is correct)... as he resigned in honoured and not staying until being kicked out. Now, his voice still being heard, his oppinion still being valued, even there were moments where most people expressed their hatred/ dissatisfaction towards him during his premiership... well during "that" time.
My political view... not pros or againts any party in particular... the leader who represent the people is important... so ... just choose the right leader. To the people who is being selected as a leader in whatever organization... be a good leader, do not abuse the position and the power that come with it.
Hmmm.... enough of that... one thing for sure I'm proud of being MALAYSIAN...
Posted by - surialiving - at 10:23 AM 0 comments
Labels: personal thought
HOME Sweet Home - PLASTER CEILING
Friday, November 20, 2009
Tujuan kitaorg 'plaster' kan siling rumah adalah untuk install downlight. Modern concept la katakan, so no more fancy2 hanging light... tapi ada jugak ler sikit hanging light sebagai penyeri (insisted by me)... kalau tak jadi mcm office plak. A friend of my hubby recommended this 1 kedai.... so we just straight away closed our deal with the shop for plaster ceiling, electrical wiring installation, plus install wall partition and small door for our store room underneath the staircase.

At first, its look like the work is done quite fast and I'm a bit impressed and satisfed with the workmanship. But after few days, no turned up. I bet they have another project somewhere else. After a while, the installation for my house is delayed and halfway done. Am very dissapointed with the sales rep. who taking care our account, he's the one who arranged the work and their scheduled, but not taking the responsibility as he should. When hubby called, not answering the phone, when I called then give excuses.
Then the workers who painted the plaster ceiling doing a sloppy job , ended up we have to get P.Rashid team to touch up the other part of the house which in messed with the plaster ceiling's paint. Worst part is our small store room, which pissed me off the most till today.
Posted by - surialiving - at 1:50 PM 0 comments
Labels: home deco
HOME sweet home - TEMBOK & TILES
Monday, November 16, 2009
~ the original yard with beootiful bushy grass - side and back yards ~
Untuk tembok, the cost is fully borned by us eventhough there was a suggestion to share the cost with our neighbor. After all, the neighbor's house is rented by foreign's students, thus a bit difficult to liaise with the owner on this matter. Well, the owner is lucky then, have a generous neighbor like us... hahaha.