Tanggal 18.Feb.2010, nenek yg kami adik beradik panggil "Tok" telah kembali ke Rahmatullah kira2 jam 6.00ptg. Dlm 6 lebih dpt panggilan dari adik kat kampung mengatakan tok dah meninggal dunia... "Innalillahhiwainnailaihirojiuun". Actually tok dimasukkan ke hospital pagi khamis lepas setelah mendapat stroke, setelah empat mlm di hospital, Doktor nasihatkan famili membawa tok pulang ke rumah kerana harapan untuk pulih yg tipis.
Malam itu jam 12.00tgh mlm baru bertolak dari rumah, singgah isi minyak dan isi angin tayar kat petrol station, 12.30pg baru the journey begin. Sibuk layan borak dgn hubby, so takder la aku tido dlm perjalanan, kul 5.00pg sampai A.Star. Masa sampai, kakak ipar yg terlelap di sofa terjaga, katanya mak baru jer tido, so takder la kitaorg kejutkan... abah, wa dan cu (tiga beradik) beserta toksu (adik wan) masih membaca surah Yaasin di sisi jenazah. Tidak mahu mengganggu, kami pun masuk tido... dapat tido kejap pun cukuplah... sebab bila matahari dah naik, pastinya sibuk.
Lepas solat subuh, aku menjenguk jenazah tok... risau kalau dah lewat nanti, bila tetamu dtg tak berkesempatan nak melihat dari dekat. Dalam jam 9.00pg, mandikan jenazah tok... at first aku nak ikut serta, tapi Irfan pulak dah bangun tido... sempat tgk org masjid siapkan kain kafan jer. Selesai jenazah tok dimandi dan dikafan kan, anak2, cucu2, cicit2, sedara mara dan jiran memberikan penghormatan terakhir. 10.30pg, jenazah dibawa ke masjid Pantai Johor untuk disembahyangkan, dan jam 11.00pg jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Mentalon. Alhamdulillah, urusan terakhir jenazah yg diuruskan oleh org2 yg masih hidup didunia ni berjalan dgn lancar mengikut masa yg ditetapkan..
Buat arwah Tok - Hajjah Maryam binti Mat, semoga berada dikalangan org2 soleh dan solehah.
AL-FATIHAH.
Kasut Sekolah Pallas Jazz
5 years ago
1 comments:
takziah & al-Fatihah
Post a Comment