Setelah 112 hari arwah tok kembali ke rahmatullah, wan pula dijemput Illahi. Tanggal 9.Jun.2010, jam 11.00 malam, wan meninggal dunia setelah lebih kurang sebulan terlantar di hospital Sultanah Bahiyah. Wan yg telah lama menghidap lelah telah dimasukkan ke hospital, kerana secara tiba2 mengalami secondary shock leads to pneumonia. Awal2 lagi doktor memaklumkan harapan wan untuk pulih adalah tipis kerana keadaan paru2 yg rosak dan usia yang lanjut meghadkan rawatan yg boleh diberikan oleh doktor.Setelah lebih 2 minggu berada di CCU dan HDU (high dependancy unit), wan ditukarkan ditukarkan ke wad biasa selepas menjalani pembedahan, namun Allah (SWT) lebih menyayangi.
Aku tiba di kampung dlm jam 5.30 ptg, walaupun tidak sempat menatap jenazah sebelum dikebumikan, aku tidak ralat kerana ketika aku pulang menziarahi wan ketika masih di HDU, wan sedarkan diri walaupun tidak mampu bersuara. Wan selamat di kebumikan kira2 jam 12.00 tghari di kampung kelahirannya di tanah perkuburan Telok Chengai seperti yg di suarakan kepada anak2 dan cucu2nya pada hari perkebumian tok dahulu.
Buat arwah wan - Hj.Mahmood bin Mad, semoga rohnya berada dalam golongan org2 yg soleh.
AL-FATIHAH.
Langsir Murah di Sarah Hughes Globe KL
4 weeks ago